
Monday, August 6, 2007
Cubaan Pertama Mewarna Rambut!

Tahniah Oag...
Tahniah kepada Oag yang mewakili malaysia untuk Ikon, aku tak tau pon apa benda pertandingan nih, tapi member aku yang ada astro kat umah dia cakap OAG menang..Aku pon search la video pasal OAG sempena event Ikon tu...Video yang aku dapat pasal eventu ialah, diorang membawa kan lagu popular diorang pada zaman 90an dulu, 60's tv. Memang best la lagu ni pada zaman dia...Masa diorang bawak dalam Ikon pon sedap, Dengan Radhi pakai songkoknya, ngan trademarknya yang Slumber atas pentas....Band lain aku tak tengok sangat, ada pon May, tapi hampeh, performance biasa je, takde apa yang menarik..
Memang layak la OAG menang, aku harap diorang menang gak pas ni, sebab aku dengar pasni bertanding ngan band Indonesia dan Philipines. OAG, aku harap korang tunjukla sesuatu kat orang2 Malaysia yang tak memahami Muzik korang dan yang tak terbuka menilai muzik.
Rock on OAG!
Hari ini

Burghh.. Kenyang gile...alhamdulillah...Mengantuk pon ada. Penat, petang tadi aku skate, asalnya tak jadi nak skate, orang takde, aku dah patah balik dah, tetiba ada plak member block aku ajak skate. Aku baru nak ambil kasut nak main bola....Takpe layan je la....patah balik, dua orang pon jadi. Tapi bosan la, aku skate pon sekejap-sekejap je, pastu aku biar member aku belasah deck aku...Skate ni kena ramai-ramai baru fun....Abis skate tadi cam biasa la, lepak minum, ni memang menjadi tradisi sejak zaman berzaman...Balik dalam pukul 8 lebih...sampai umah aku usha pc, tengok progress apa yang aku download....Tinggal lagi sikit je lagi....Pastu usha myspace, email..Tadi ada berita yang best kat Tv3, pasal alat pengesan laptop, di mana si penyamun hanya lalu je sebelah kenderaan, dan penggera tu akan berbunyi, menandakan ada electrnic device di dalam kenderaan, nak di tambah best lagi, bukan itu aje siap boleh tahu apa yang ada dalam kenderaan, seperti laptop, camera digital, Handphone. Sebab barangan electronic tu tadi mengeluarkan frekuensi, yang boleh bertindak balas dengan penggera tu tadi, tak kira la walaupon alat electronic tu dalam keadaan off. Ada lagi.....Siap ada alat yang boleh bukak pintu kereta lagi. Celako punya penyamun, hebat korang ye..! Sama gak kaedahnya, dia pasang alat tu, pastu nanti ada frekuensi akan bertindak balas, pastu kuar nombor kat alat penyamun tu, bila penyamun ni tekan nombor tu balik, TAP! tombol lock kereta pon terangkat, dengan bergaya mereka leh wat kereta mangsa macam kereta sendiri.
Macam tu lah agaknya yang terjadi kepada kereta ayah aku, sewaktu parking kat HKL(hospital), Laptop 2 biji, satu Acer, satu lagi HP, Camera Digital Sony, Jersey bola abang aku beli kat london banyak gile abis clear!! Time tu hati panas je aku.....tu yang aku alert tentang berita tadi tu....Sebab tiada kesan pecah atau kereta kena kopak kat kereta bapak aku. Sempat gak aku bergurau ngan abang aku, selepas kejadian tu, "Sekarang ni mesti diorang(penyamun tu la!!!) tengah online pakai jersey bola sambil baring, la la la la...." Abang aku hanya diam, kami semua pasrah pada malam itu....Dan Kepada Pihak HKL "terima kasih" kerana menyediakan parking berbayar yang "selamat" yang telah menyelamatkan barang2 beharga kami sekeluarga....Terima kasih!
*Pesan aku kepada sesiapa yang nak tinggalkan laptop dalam kereta, Bukak Baterinya dulu, pastu sorok la kat celah2 bedah..
*Nak lagi afdal, bawak je laptop anda bersama, bila kuar pada kereta.