Tuesday, September 4, 2012

TV dan Psikologi.

Aku tak leh tido, dah la pagi ni ada interview.. sedang cuba-cuba melelapkan mata yang tak mengantuk sambil di selubungi 'gebo' busuk tapi badan ku wangi ini, tiba-tiba ada satu lintasan di kepala otak aku yang tidak menyebabkan kemalangan otak. Aku terus celik dan bangun dan sekarang tgh menulis perkataan yang sebelum perkataan sekarang yang anda dapat baca. Sekarang 3:37AM. Ok aku terus masuk pada pandangan aku sebelum ia hilang lesap dari minda atau kemalasan. Bakar okok jap(bila la nak benti...).
TV..... benda yang ada di setiap rumah2 di dunia.. ianya dah jadi keperluan bagi insan sejagat. Aku tanak kupas la apa yang ada di TV, sebab satu dunia tahu, tapi di sini aku nak menyingkap apa yang ada di sebalik TV. Wayar power, lubang antenna..Panng!!!! buh penampar sekali..aku cuba bergurau dengan diri sendiri.
Ada yang mengatakan TV ada lah benda Ke 2 paling merbahaya selepas bom atom. Kenapa? Arwah mak aku plak cakap, TV ni ialah dajjal, sebab dia seperti mata satu yang mengkhayalkan manusia sejagat. Kedua-dua pendapat ini boleh di terima pakai... sebab TV mampu mempengaruhi manusia secara Psikologi. Budaya menonton TV seakan sudah mengalir dalam hidup masyarakat aku fokuskan kepada masyarakat melayu. Tak perlu aku nak terangkan senario di rumah-rumah bila menonton TV. Lihatlah sendiri gelagat adik-adik kita bila menonton TV, dan amati sambil berfikir bagaimana ianya mempengaruhi Psikologi?????????

Thursday, September 23, 2010

Kenapa produk Yahudi berjaya??

Kenapa produk seperti Cuka Cola, Mek Donald, Stabak, Baskin Rorin(tidak menyebut jenama sebenar) dll begitu berjaya di mata dunia...?? Pastu kalo pakai@guna produk mereka nampak lagi cool berbanding jenama2 lain... Malah ada yang bangga menggunakan produk mereka..sehinggakembang hidung kalo bergambar untuk di upload dalam facebook.
      Mengikut kajian peribadi saya, mereka mencipta imej sesuatu barang atau produk. Imej di sini adalah gambaran sesuatu produk itu. Seperti Cuka Cola, mereka mengiklankannya menggunakan muda-mudi, muzik, parti dsbnye... Apabila pengguna ingin membeli air tin, atau air minuman di peti sejuk sesebuah kedai, pengguna akan terbayang imej yang di bawa di dalam iklan itu.. Tak kisah la iklan kat Tv ke, Radio ke, Majalah ke, dalam wayang ke...dll.. Maksudnye imej di sini ada formula penting bagi mereka...mereka cipta imej yang menyeronokkan, berprestij, urban, moden supaya pengguna akan terbayangkan imej2 ini bila ternampak jenama2 mereka... "Pergghhh mamat ni/minah ni pakai brand ****** la", "Baru stylo pakai ******"... Ayat2 seperti ini mesti selalu kita dengar kan? kadang2 kita pon pakai... dari mana mereka tahu jenama2 ini berkualiti? bagaimana mereka boleh mengeluarkan kata2 seperti itu? Sebab mereka terbayang jenama2 ini dari media2 yang pernah mereka lihat/tonton/dengar... Jadi mereka ada idea untuk jenama2 yang mereka lihat... Jadi Kalo nak berjaya seperti mereka ciptalah imej produk anda, labur untuk pemasaran dan iklan... Sekian renung2 kan...