Wednesday, March 17, 2010

Barcelona kelab terbaik di Eropah buat masa ini.


Buat masa ini Kelab catalan, Barcelona adalah yang terbaik di antara yang terbaik di Eropah. Musim lepas sahaja Barca yang di bimbing Pep Guardiola telah memenangi 6 kejuaraan yang di pertandingkan di peringkat Eropah dan domestik, iaitu La Liga, Kejohanan kelab Dunia FIFA, Liga juara-juara, Copa del Rey,2009 Supercopa de España dan UEFA Super Cup. Satu pencapaian yang hebat dan jarang dapat di lakukan oleh mana2 kelab bolasepak yang lain.
Banyak aspek yang yang mempengaruhi kehebatan kelab ini. Antaranya ialah mereka mempunyai pemain yang berkualiti seperti Lionel Messi, xavi, Dani Alves, carles puyol, Gerrad pique dan Adres iniesta. Semua pemain ini ialah peneraju di posisi mereka, iaitu di bahagian serangan, sayap, tengah dan pertahanan.
Messi, xavi, dan iniesta mempunyai persamaan dari segi kawalan bola, di mana mereka dapat mengawal bola sebelum mereka membuat hantaran kepada rakan sepasukan yang lain. Danial Alves pula mempunyai silangan bola ke tengah padang yang cantik, di mana lariannya di bahagian sayap kanan sentiasa menimbulkan masalah buat pemain lawan. Puyol dan pique pula memastikan bahagian pertahanan adalah milik mereka. Kombinasi inilah antara kunci kejayaan Barcelona.

Pengambilalihan Pep Guadiola yang juga bekas pemain pertahanan tengah Barcelona yang membawa kejayaan besar musim lepas, telah mengejutkan ramai pihak kerana dalam masa seahun dia telah berjaya membentuk sebuah 'Barcelona yang perkasa', di mana dia juga adalah pengurus termuda yang memenangi Liga juara-juara buat masa ini . Pep Guardiola telah menerapkan falsafah 'permainan Barcelona' kepada setiap pemainnya, iaitu mengawal bola, cipta peluang, dan menjaringkan gol. Permainan hantaran pendek yang di amalkan Barcelona memberi tekanan pada pihak lawan. Selain kawalan bola yang baik di posisi mereka, di mana peratus penguasaan bola selalu berpihak kepada mereka, sejurus selepas itu mereka mencipta seberapa banyak peluang untuk menjaringkan gol. Sehinggakan, Cesc Fabregas bekas pemain akedemi Barcelona terbawa-bawa corak ini ke Arsenal.

Untuk musim ini Barcelona telah terlepas satu kejohanan domestik di sepanyol iaitu Copa Del Rey di mana mereka Kalah di tangan Sevilla pada pusingan ke lapan. Tetapi peluang untuk menjulang kejuaraan lain masih terbuka. Dapat kah Barcelona mempertahankan kejuaraan utama, La Liga dan Liga Juara-Juara untuk musim ini?, sama-sama kita nantikan....