Tuesday, September 14, 2010

Panduan menonton drama Melayu Bhgn 1

Ini ada serba sedikit panduan menonton drama melayu yang aku dah praktikkan bertahun-tahun. Akibatnya, menyebabkan aku jarang menonton TV dah..Sesuai di praktikkan jika korang nak tukar channel lain ketika menonton, atau nak keluar ke mana-mana semasa drama di tayangkan. Dengan sedikit pengamatan korang dah tau jalan cerita sampai abis. Ikuti langkah di bawah:

1) Jika drama menampilkan kisah percintaan antara 2 darjat.
Ini cam biasa arr..Kalau tak keluarga perempuan, keluarga lelaki yang kaya. Salah sorang plak miskin, atau sederhana. Keluarga kaya tadi ada syarikat besar gila, selalunya syarikat kontraktor, waris keluarga tu selalunya CEO syarikat, iaitu anak owner syarikat tu dengan penampilan segak,cantik dll. Pastu ada juga watak hero/heroin dalam syarikat tu yang miskin/sederhana yang kerja dalam tu. Seperti yang di jangka mereka akan bercinta. Ada pulak watak pengacau yang kaya jugak, yang di sukai keluarga si hero/heroin tadi. Kadang2 dia bekerja sekali dalam tu... Kebiasaannya niat watak ketiga ni tadi nak bolot harta arrr..
Tak pon saja nak kan si hero/heroin tadi..

Kesudahan Pertama: Yang kaya dan yang miskin ni bersatu... (ni standard...) Ni kalo telefilem selalu la..

Kesudahan Kedua: Yang kaya tadi kahwin dengan watak ketiga iaitu watak jahat, watak hero/heroin tadi bekorban demi kebahagian kekasihnya...(aduh sadis,..) Tapi last2 dapat gak diorang kahwin... Kes2 camni selalunya kalo drama bersiri la yang sampai 20 ke 30 episod.

Kesudahan Ketiga: Salah seorang mati, masa last2 cerita nak abis...pengarah bajet ending dia aku tak tau la ni..ceh! Kes camni bila salah seorang tanak teruskan perhubungan, nyawa ada 6 bulan je, penyakit yang di hidap, kanser, ketumbuhan dalam otak dll..

Kesudahan Keempat: Ni kalau cinta 3 segi, semua watak berhati baik sesama sendiri. Seorang berkorban untuk kebahagiaan yang lain. Selalunya ketiga-tiga watak ini terkenal dan selalu memegang watak utama, kira good ending untuk semua la.. Aku tau gak la...


Itu serba sedikit panduan ketika menonton drama2 kita. Amat bermanfaat sekali! Anda dapat menjimatkan masa dari menonton sehingga habis!! Nantikan Panduan seterusnya dalam terbitan akan datang  :)