Tuesday, September 4, 2012

TV dan Psikologi.

Aku tak leh tido, dah la pagi ni ada interview.. sedang cuba-cuba melelapkan mata yang tak mengantuk sambil di selubungi 'gebo' busuk tapi badan ku wangi ini, tiba-tiba ada satu lintasan di kepala otak aku yang tidak menyebabkan kemalangan otak. Aku terus celik dan bangun dan sekarang tgh menulis perkataan yang sebelum perkataan sekarang yang anda dapat baca. Sekarang 3:37AM. Ok aku terus masuk pada pandangan aku sebelum ia hilang lesap dari minda atau kemalasan. Bakar okok jap(bila la nak benti...).
TV..... benda yang ada di setiap rumah2 di dunia.. ianya dah jadi keperluan bagi insan sejagat. Aku tanak kupas la apa yang ada di TV, sebab satu dunia tahu, tapi di sini aku nak menyingkap apa yang ada di sebalik TV. Wayar power, lubang antenna..Panng!!!! buh penampar sekali..aku cuba bergurau dengan diri sendiri.
Ada yang mengatakan TV ada lah benda Ke 2 paling merbahaya selepas bom atom. Kenapa? Arwah mak aku plak cakap, TV ni ialah dajjal, sebab dia seperti mata satu yang mengkhayalkan manusia sejagat. Kedua-dua pendapat ini boleh di terima pakai... sebab TV mampu mempengaruhi manusia secara Psikologi. Budaya menonton TV seakan sudah mengalir dalam hidup masyarakat aku fokuskan kepada masyarakat melayu. Tak perlu aku nak terangkan senario di rumah-rumah bila menonton TV. Lihatlah sendiri gelagat adik-adik kita bila menonton TV, dan amati sambil berfikir bagaimana ianya mempengaruhi Psikologi?????????