Friday, July 2, 2010

Rap melayu.

Rap Melayu.. Rap Melayu...Rap Melayu..

....Hahaha. Siapa Minat lagu Rap/Hip hop? mesti ramai tengah angkat tangan.... Siapa Minat Rap Melayu?
ha....masing-masing berpandangan....Dulu Rap di Malaysia di kuasai oleh band boy remaja seperti KRU, 4u2c, Nico etc..Sekadar menyebut beberapa Band boy yang popular... Tapi mereka di klasifikasikan sebagai Kumpulan Rap suatu masa dulu sebab ada bait2 rap dalam lagu mereka. Yang byk sekali bait2 rap dalam lagu adalah 3 group yang dinyatakan di atas. Salleh Yaacob pon time tu ada rap gak,....lagu "Pisang panas"...aku ingat lagi..hahhaha.. Paling awal sekali group yang muncul ialah KRU, kemudian 4u2c. Mereka bersaing pada waktu itu.. KRU dengan lagu "mengerti" vs "I miss u" dari 4u2c...Tak lama pastu kuar plak Nico. Fenomena gak time tu... "aku nico nak cerita, cerita rapper muda di kota......" Ingat lagi? Dengan ketua kumppulan Nico yang bernama "Nico" yang membawa imej ala2 Chica..atau samseng latin la kononnya... Group2 ini mempunyai peminat tersendiri, terutama sekali remaja arr...sekarang peminat dorang tu dah jadi atuk dah pon...heheh... FF(fast forward) .......>>
......Era mereka ini kemudian semakin perlahan, dengan perpecahan 4u2c...Nico... Cuma KRU yang bertahan sampai sekarang tapi lebih di kenali sebagai sebuah Syarikat sekarang ini.
Zaman pon berlalu begitu pantas tanpa kita sedari..... Ya a au.. Ya a au...ingat istilah ni? haaaa.. Ni pon fenomena gak... Too Phat. Sebelum lagu ya a au(anak ayam) ni mereka telah pon ada album yang di beri Nama 'Whuttadilly', cuma time 'anak ayam' mereka lebih menonjol, dan menjadi ikutan budak-budak bawah umur.. Zaman ni lah kereta tak yah pasang radio, sebab masa ni remaja naik skuter pasang radio kuat2..kene plak konvoi...perghhh... Time ni nampak sangat budak2 je yang memonopoli scene Hip hop ni...Bersepah...suma sepesen je, suar besar, pakai boot atau sneakers..nak gangsta' sikit pakai silver besar2 kat leher..Aku pon tak terkecuali, hahahaha...XD. Time ni Too phat la kira ikon hip hop Malaya... dan menyebabkan anak2 muda mengekplorasi dunia Hip hop. Dan bermacam-macam pesen hip hop lagi yang kuar selepas itu...dan group group Hip Hop pon bercambah,...  Teh Tarik Crew, Phlowthrone, M.O.B, Reefa dan etc..  Sempat jugak Too phat bersaing dengan Poetic Ammo time tu..Siap ada 'beef' lagi....
Ha!! tertinggal pasal Poetic Ammo.. Diorang ni lagi awal dari Too phat sebenarnya...tapi di sebabkan bergerak sedikit Underground, mereka di sisihkan oleh masyarakat. Lagi pon mereka punya sound lebih 'raw' berbanding Too Phat yang ada elemen2 lagu2 rakyat melayu.... Muncul pula Ahli Fikir.....mereka ni pon berjiwa melayu. Menggunakan unsur2 lagu rakyat sebagai 'beat' lagu mereka... Lagu yang melonjakkan mereka pada masa itu ialah lagu 'samseng'... Time ni, member aku 8 kali sehari pasang..sampai nak muntah aku dengar...
Masa berlalu... Too Phat, Poetic Ammo, Ahli fikir pon berpecah...Ahli fikir baru je dalam tahun ni. Too Phat aku tak tau secara rasmi nye bila..mereka hanya berdiam diri, selepas itu masing2 keluar dengan haluan sendiri....Joe Flizzow dengan hip hop urban, Malique pula dengan Rap Melayu yang lebih dengan kata2 nasihat dan sindiran2 pedas... Perubahan angin Malique memang mengejutkan aku..sebab dalam pemerhatian aku Malique semasa dengan Too Phat memang berimej 'Urban'.Gaya Rap dia pon time tu ala ala Eminem...tu orang cakap arr... Aku terus mengikuti tranformasi si Malique ini... Kita patah balik kejap.....
Semenjak 'Samseng' Rap dalam bahasa melayu semakin baik di terima...sehingga Mat rempit pon suka lagu samseng time tu...Kemudian 'Alhamdulillah' yang di bawa oleh TooPhat....Lagu ni membuka mata ramai ttg muzik Hip hop/ Rap yang selama ini di pandang serong oleh sesetengah masyarakat... Semenjak itu byk versi2 rap dalam bahasa melayu di keluarkan... * Rap Melayu itu la yang aku nak citer kat sini...mula nak intro je pasal yang lain2 tu tetiba terlajak plak..*
Sambung balik... selepas itu tiba2 Malique kuar plak dengan album 'OK'. Dengan membawa sekali single 'Mantera Beradu'. Ni pon meletup... yang tak kenal muzik rap pon tetiba layan... selalu kuar radio lagu nih..Tapi si Malique nye pulak yang tak nak muncul muncul..selesa dengan kehidupan low profile, berbanding ketika bersama Too Phat dahulu... Mungkin kematangan yang telah mengubah pendirian Malique terhadap muzik Rap. Selepas itu semakin byk jugak la produk2 Malique dalam bahasa melayu di keluarkan....
Persekitaran juga berubah...Rap dalam Bahasa melayu juga terus di minati dan menjadi ikutan artis2 lain di dalam lagu mereka. Dengan perubahan ini muzik rap dah sebaris dengan irama pop, rock....kerana ia boleh di terima oleh segenap lapisan umur...
       Tapi ramai yang berpendapat muzik rap/Hip Hop lebih kene dengan lirik berbahasa inggeris dari bahasa malaysia. Apa pendapat anda? Ini pendapat aku la... Rap tidak mengenal bahasa. Asal boleh masuk lirik dengan irama itu sudah cukup. Dikir barat pon pon boleh dikira sebagai rap. Fungsi tukang karut tidak ubah seperti rapper. Tapi tukang karut lagi dahsyat, kerana mereka 'Freestyle' iaitu tidak menghafal lirik, tetapi mereka secara spontan 'bercakap' mengikut irama. Sesetengah persembahan Rap/hip hop juga terdapat 'freestyle', tetapi selalunya dia kalangan komuniti rap/HipHop sahaja. Untuk persembahan terbuka jarang la nak tgk mereka 'freestyle'...  (bersambung...)