Monday, August 13, 2007
Napoleon Bonapart
Apsal nama post ni Napoleon Bonapart...??lagi satu kenapa tak Napoleon Bonaparte??Sebenarnya aku teringat kat Arwah mak aku, yang selalu cakap aku macam Napoleon Bonapart(bukan Bonaparte)....Mungkin arwah tak tahu nama sebenar tokoh sejarah france tu...aku pon tak tahu sebenarnya, cuma pernah la dengar nama..Bila aku search kat internet oooo dia ni rupanya penjajah yang berjaya kat Europe dan telah mencipta perundangan sivil....Hebat tuh...Tapi kenapa Arwah cakap aku cam "Napoleon Bonapart"?? Bila aku tengok gamba dia lagi la Jauh beza ngan aku...EERRmmmm..Tapi tu lah antara perkara yang selalu aku ingat tentang arwah...terngiang-ngiang kat telinga aku
.....Patutla dia tak cakap "Napoleon Bonaparte" memang tak ada pon yang sama ngan aku......!!!
Sunday, August 12, 2007
Dilema hari Ini dan masa depan...
Monday, August 6, 2007
Cubaan Pertama Mewarna Rambut!
Tahniah Oag...
Tahniah kepada Oag yang mewakili malaysia untuk Ikon, aku tak tau pon apa benda pertandingan nih, tapi member aku yang ada astro kat umah dia cakap OAG menang..Aku pon search la video pasal OAG sempena event Ikon tu...Video yang aku dapat pasal eventu ialah, diorang membawa kan lagu popular diorang pada zaman 90an dulu, 60's tv. Memang best la lagu ni pada zaman dia...Masa diorang bawak dalam Ikon pon sedap, Dengan Radhi pakai songkoknya, ngan trademarknya yang Slumber atas pentas....Band lain aku tak tengok sangat, ada pon May, tapi hampeh, performance biasa je, takde apa yang menarik..
Memang layak la OAG menang, aku harap diorang menang gak pas ni, sebab aku dengar pasni bertanding ngan band Indonesia dan Philipines. OAG, aku harap korang tunjukla sesuatu kat orang2 Malaysia yang tak memahami Muzik korang dan yang tak terbuka menilai muzik.
Rock on OAG!
Hari ini
Burghh.. Kenyang gile...alhamdulillah...Mengantuk pon ada. Penat, petang tadi aku skate, asalnya tak jadi nak skate, orang takde, aku dah patah balik dah, tetiba ada plak member block aku ajak skate. Aku baru nak ambil kasut nak main bola....Takpe layan je la....patah balik, dua orang pon jadi. Tapi bosan la, aku skate pon sekejap-sekejap je, pastu aku biar member aku belasah deck aku...Skate ni kena ramai-ramai baru fun....Abis skate tadi cam biasa la, lepak minum, ni memang menjadi tradisi sejak zaman berzaman...Balik dalam pukul 8 lebih...sampai umah aku usha pc, tengok progress apa yang aku download....Tinggal lagi sikit je lagi....Pastu usha myspace, email..Tadi ada berita yang best kat Tv3, pasal alat pengesan laptop, di mana si penyamun hanya lalu je sebelah kenderaan, dan penggera tu akan berbunyi, menandakan ada electrnic device di dalam kenderaan, nak di tambah best lagi, bukan itu aje siap boleh tahu apa yang ada dalam kenderaan, seperti laptop, camera digital, Handphone. Sebab barangan electronic tu tadi mengeluarkan frekuensi, yang boleh bertindak balas dengan penggera tu tadi, tak kira la walaupon alat electronic tu dalam keadaan off. Ada lagi.....Siap ada alat yang boleh bukak pintu kereta lagi. Celako punya penyamun, hebat korang ye..! Sama gak kaedahnya, dia pasang alat tu, pastu nanti ada frekuensi akan bertindak balas, pastu kuar nombor kat alat penyamun tu, bila penyamun ni tekan nombor tu balik, TAP! tombol lock kereta pon terangkat, dengan bergaya mereka leh wat kereta mangsa macam kereta sendiri.
Macam tu lah agaknya yang terjadi kepada kereta ayah aku, sewaktu parking kat HKL(hospital), Laptop 2 biji, satu Acer, satu lagi HP, Camera Digital Sony, Jersey bola abang aku beli kat london banyak gile abis clear!! Time tu hati panas je aku.....tu yang aku alert tentang berita tadi tu....Sebab tiada kesan pecah atau kereta kena kopak kat kereta bapak aku. Sempat gak aku bergurau ngan abang aku, selepas kejadian tu, "Sekarang ni mesti diorang(penyamun tu la!!!) tengah online pakai jersey bola sambil baring, la la la la...." Abang aku hanya diam, kami semua pasrah pada malam itu....Dan Kepada Pihak HKL "terima kasih" kerana menyediakan parking berbayar yang "selamat" yang telah menyelamatkan barang2 beharga kami sekeluarga....Terima kasih!
*Pesan aku kepada sesiapa yang nak tinggalkan laptop dalam kereta, Bukak Baterinya dulu, pastu sorok la kat celah2 bedah..
*Nak lagi afdal, bawak je laptop anda bersama, bila kuar pada kereta.
Friday, August 3, 2007
Berbilang kerja...
Yahoogroups aku nak layan, Myspace, nak download lagu lagi, usha Youtube lagi..Kesudahannya aku pening. Jam dah pukul 6 petang, aku tak tau nak wat apa, nak gi main bola or melepak kat skatepark...Aku ingat nak skate la hari ni..Kuarkan peluh, esok-esok la main bola...Walaupon gian gile nak sepak bola..
Meluncur..meluncur..melumcur
Thursday, August 2, 2007
Baru repair Blog
Monday, April 23, 2007
aku yang belum tido
Saturday, April 21, 2007
Hari Ini dalam sejarah....
...Walaupon dah masuk hari baru, tapi aku kira hari ni semalam la.....sebab benda berlaku semalam..Takde apa yang sejarah pon, tajuk je grand..:-))..OOh ada satu sejarah...ha, Pc fair Buat Julung kalinya Diadakan kat Tempat aku....aku berasa bangga sambil mengembangkan lubang hidung ke tahap paling tinggi....Aku dah pegi pon ke pc fair tu...Ada 10 Booth je...takde benda yang menarik, tak semeriah kat KLCC atau Zaghreb....Barang pon basic2 je...Aku ingat diorang nak test market kot...Tapi ada gak orang beli laptop tadi aku tengok...Ada la tujuh round aku pusing kat situ, ye la tempat kecik, masuk round yang kelapan aku terhenti kat tempat Card reader, belek punya belek...usha punya usha, sambil aku melihat sekeliling, aku pon terjebak membeli Card reader yang aku beli tu..kena gak la duploh hinggit....lalu tanpa berlengah lagi, aku pon blah...Dalam kepala, dalam perjalanan aku balik ni, aku nak transfer benda yang yang ada kat 02(PDA) aku nih ke dalam pc, pastu petang aku nak meluncur(ni blog meluncur aku, tapi dalam bahasa omputih...versi melayu nanti aku cite kat sini..)..sampe umah bukak pc, baru nak masuk window hang..argh tension aku...lapan kali gak la aku restart....Ada sekali tu dah berjaya masuk, pakai dalam berapa minit, hang balik....kalo ikut hati aku nak je aku format...tapi lek dulu, biar aku troubleshoot dulu...ni pon nasib2 je tak hang, tu yang aku taip pepanjang ni.....senang, senafas je! Pada petang tu aku menanti nak meluncur, tetiba.....issshh...musuh para peluncur...HUJAN...argggh....bertambah tension akuoh(versi banjar...)dah la pc aku hang, cadang nak lepaskan tekanan........Aku pon lepak bilik sambil menggodek pc aku yang....eeeee..nak aje aku cakap....Abang aku pon Semayang kat tepi aku, sambil aku menggodek pc, settle je dia semayang, dia ajak aku "berjoga"...aku set aje....dia pon gi luar Joga sengsorang, aku lepak bilik godek pc, sekali idup pc aku tu...Fuhh...aku pon pakai dalam 2-3 mint..pastu gi semayang, pastu....JOGA laa!!....tak dapat meluncur Joga pon jogalah....tengah Berjoga tu pulak, member aku talipon, cakap nak datang, aku pon ha kan jelah...Dia sampe rumah aku, dia tgk aku ngan abang aku berjoga, sambil bersembanglah kami bertiga....aku tau dah kemuncaknya petang tu apa dia....selesai berjoga...member aku tadi pon menculik aku.....ajak pegi minum....Itulah kesudahan aktiviti siang aku semalam....