Wednesday, September 22, 2010

Panduan menonton drama Melayu Bhgn 2

Watak Kaya Vs Miskin

Watak Kaya
* Yang kaya mesti tak berapa baik. atau pon jahat. Selalunya mengamalkan cara hidup terbuka berarahkan barat.
*Kalo Kaya jenis baik plak, baik gile. Walaupon anaknye seksi tapi kekadang tetap solat..
*Anak orang kaya selalunya di gambarkan rosak.
*Ada gak kes sorang anak baik sorang lagi jahat..

 Watak Miskin
*Yang miskin mesti baik atau pon baik gila! Hidup susah di kampung, keje pon bidang pertanian.
*Selalunya islamik iaitu mengamalkan cara hidup islam..

Tapi persoalan nye kenapa watak baik dan islamik selalu teraniaya? lepas tu pasrah dengan kehidupan???


Tapi keburukan dari corak2 drama camni ialah apa?? tahu?

Bila di gambarkan seperti ini, membuatkan penonton@masyarakat semakin tipikal dan berfikiran singkat.
Ini akan mempengaruhi cara hidup mereka. Jika imej seperti ini masih di pertotonkan masyarakat kita tak akan berkembang. Bila berlaku dalam realiti mereka akan menggunakan kata2 dalam drama yang di tonton, atau pon mereka mengikut 'skrip' drama yang di tonton. Percayalah sedikit sebanyak apa yang di tonton akan mempengaruhi kita. Apasalahnya paparkan benda yang positif, seperti, kalau watak kaya dia mesti islamik dan berjaya. Paparkan jika mengikut cara hidup barat ada sesuatu yang kolot dan tidak 'cool', orang kaya tidak suka kan hiburan di disko, tetapi lebih suka membantu orang lain untuk berniaga dan menjadi berjaya seperti mereka. Bila ini sudah jadi tipikal, ianya akan mempengaruhi minda masyarakat dan menjadi ikutan.

Lihatlah sekeliling dan fikirkan...

No comments: