Sunday, February 8, 2009

Takdir, Jodoh sudah di tetapkan???

Assalamualaikum....."Jodoh pertemuan di tangan tuhan", ..."dah takdir aku macam ni", selalu aku dengar orang cakap menda2 ni...Baik dalam dunia nyata mau pun dalam Tv. Bagi aku orang yang yang tidak berusaha menentukan sesuatu dalam hidup adalah orang yang gagal, sentiasa cari alasan untuk tidak berbuat sesuatu. Takdir hidup kita, kita sendiri yang menentukannya, begitu juga dengan jodoh. Mana boleh biarkan je, mana jadi!!!!! Takdir dalam tafsiran aku ialah begini, contoh; jika kita berjalan terus dan kita jumpa 2 simpang iaitu simpang A dan B, jika kita ke simpang A anda akan ke destinasi A. Jika kita ikut simpang B ke B lah kita....Itu je.. Logik nye ada dua kemungkinan iaitu Baik vs Buruk, Ya vs Tidak, Mahu vs Tak mahu, Berjaya vs Gagal dan mcm2 perbandingan lagi boleh kita buat... Pilih je mana kita nak. Jika kita pilih A, A lah takdir kita, kalau B, B lah takdir kita..... Sama gak ngan jodoh, kalo kita tak cari memang tak akan dapat jodoh kita, sapa kata kalau tunggu boleh dapat??, Kalo kalo tak cari pon orang lain yang cari kita...Tapi kalo biar memang tak ada, maksudnya salah sorang mesti berusaha..... Banyak orang salah faham tentang kedua-dua benda ni, sampai kan ia jadi alasan untuk tak usaha...ni yang buat hal!! Paling yang aku tak suka dengar bila orang menyalahkan takdir. Menyalahkan maksud dia, dia tu menyalahkan Tuhan...Sebenarnya dia bukan menyalahkan Tuhan tetapi diri dia sendiri, sebab dia sendiri yang menentukan hidup dia. -Aku tak percaya takdir tuhan ke?? Tidak, itu semua salah faham terhadap pandangan aku. Tuhan tidak menakdirkan hambanya hidup susah. Sebab manusia bila susah baru salahkan takdir, bila senang??? Semuanya bergantung kepada manusia itu sendiri...... Sebab apa?? Sebab kita adalah Khalifah, kita di amanahkan ke atas dunia ini...Kalau kita sudah di tentukan tidak gunalah kita hidup....Di sini kene paham konsep takdir, aku harap kepada sesiapa yang baca tidak silap tafsir....Baca dan fahamkan betul2 apa yang cuba aku sampaikan....Sebab penyampaian melalui tulisan ni kadang2 orang salah faham......Ok, Aku nak sambung tgk bola.....

No comments: